Laporan ini Amat Penting untuk sesiapa sahaja yang menghadapi masalah HUTANG!

Masih Tercari-cari Cara SEBENAR Untuk Menghapuskan HUTANG anda?

Mahukah Anda Tahu Strategi TERBAIK Untuk SELESAIKANNYA?

*** Kini anda tidak perlu risau lagi, kerana sebentar lagi anda akan ketahui kaedah Dan Teknik SEBENAR yang dapat membantu menghapuskan Hutang-Piutang Anda Dengan Kos Yang Sungguh MENJIMATKAN!!!! ***

AMARAN! Jika anda mengabaikan laporan ini, jangan menyesal, sekiranya anda terlepas peluang mempelajari kaedah SEBENAR penghapusan hutang dengan HARGA yang amat BERBALOI - BALOI...!!!

Dari : Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Tarikh :

 

Adakah Anda Sedar Dengan REALITI Kehidupan Anda?

Setiap hari anda rungsing memikirkan kedudukan kewangan harian anda. Perbelanjaan untuk keperluan hidup semakin bertambah. Kos hidup semakin tinggi. Harga barangan keperluan terus naik. Sedar tak sedar anda dapati perbelanjaan dan hutang anda juga turut meningkat sama!

Setiap hari anda bekerja dan berusaha dengan lebih kuat untuk menambahkan pendapatan dengan tujuan menjelaskan hutang-hutang anda, namun dalam sedar tak sedar anda dapati hutang anda tidak pernah berkurangan bahkan semakin meningkat! Anda mulai hairan dan bertanya pada diri sendiri "Kenapa Boleh Jadi Begini? Sampai Bila Aku Nak Kena Bayar Hutang Ni?"

Setiap bulan anda membuat simpanan dalam bentuk pelaburan yang terjamin dan selamat seperti akaun simpanan biasa, simpanan tetap mahu pun ASB, kata anda simpanan untuk masa depan, tapi anda lupa yang hutang anda tak pernah berkurangan. Bila dapat dividen daripada simpanan tersebut anda tak sedar sebenarnya jumlahnya jauh lebih kecil berbanding faedah hutang yang perlu anda bayar.

Setiap hari berganti bulan, kini anda mula kurangkan perbelanjaan untuk keperluan yang paling asas sahaja semata-mata untuk mengurangkan jumlah hutang anda, namun akhirnya anda dapati ianya tak mampu nak selesaikan masalah hutang anda yang melampau itu.

Kemudian, anda mula membuat pinjaman baru bagi menyelesaikan masalah hutang yang terdahulu tetapi dalam masa yang sama, tanpa anda sedari, sebenarnya anda telah menambah masalah hutang yang baru.

Anda fikir dengan membayar ansuran bulanan yang lebih rendah dalam tempoh masa yang panjang ianya menguntungkan anda, sebaliknya semakin lama anda membuat pinjaman maka semakin besarlah faedah yang perlu anda bayar!

Dan bermacam-macam perkara selain tertera di atas yang merungsingkan dan memeningkan kepala anda dalam mencari penyelesaian ke atas masalah hutang demi meneruskan kehidupan anda dan keluarga.

Sekiranya anda benar-benar rungsing memikirkan permasalahan di atas, usah risau lagi! Teruskan pembacaan anda kerana sebentar lagi saya akan bongkarkan satu rahsia serta panduan bagaimana anda juga mampu menyelesaikan kesemua masalah di atas melalui kaedah pengurusan dan penghapusan hutang yang sebenar.

Ya, melalui kaedah, panduan dan strategi yang terbukti berkesan! Dan apa yang paling penting di sini anda juga boleh lakukannya sendiri berdasarkan langkah-langkah yang akan saya tunjukkan sebentar lagi. Teruskan pembacaan anda...

 

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Apa yang membezakannya di sini bagaimana anda menyelesaikannya?

Ramai yang gagal menyelesaikan masalah kewangan atau hutang mereka hanya kerana mereka tidak mendapat bimbingan dan panduan yang sebenar.

Sebenarnya hutang anda mampu diselesaikan dan PANDUAN BEBAS HUTANG akan menjadi jalan penyelesaian TERBAIK bagi anda mengatasi masalah hutang tersebut!

Baru-baru ini, satu kajian atau survey kewangan telah dibuat oleh Syarikat Visa dan mereka mendapati kebanyakan dari kita paling risau mengenai:

1. Perbelanjaan hidup sehari-hari
2. Gaji
3. Hutang

 

Tuan/ Puan yang dihormati,

Bagaimana Untuk Menghapuskan Hutang Dengan Lebih Berkesan!

Dalam sedar tak sedar, hutang merupakan salah satu masalah yang dialami hampir setiap orang di seluruh dunia. Sekiranya anda rasa anda bebas dari masalah dan bebanan hutang, mungkin anda silap!

Saya pasti setidak-tidaknya anda juga menghadapi masalah ini biarpun jumlahnya di saat ini taklah sebesar manapun.... jika dibandingkan dengan orang lain disekeliling anda.

Selagi anda mempunyai keperluan dan kemahuan, mempunyai pendapatan dan pekerjaan, penggunaan dan kebergantungan ke atas pinjaman dan hutang sudah tentu menjadi satu kemestian dalam kehidupan di abad ini.

Namun begitu, sedarkah anda bahawa hutang yang anda ambil itu membantu mengukuhkan kewangan anda atau sebaliknya?

Keadaan akan menjadi bertambah parah jika sekiranya anda tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang teratur, anda pasti berhadapan dengan masalah yang besar dan kritikal.

Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di bawah kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah hutang:-

Membuat bayaran minima bagi kad kredit

Jumlah baki hutang masih tidak berkurangan

Bertanya baki kredit yang boleh digunakan pada pihak bank

Tidak tahu berapa jumlah hutang yang dimiliki

Mengeluarkan wang tunai melalui kad kredit

Tidak mempunyai simpanan

Belanja gunakan Kad kredit mencecah had yang dibenarkan

Mempunyai lebih banyak kad kredit dari tunai di dalam dompet

Kad kredit ditolak ketika membuat pembelian

Bil-bil lama banyak yang tertunggak dan masih belum dibayar

Kesemua pendapatan digunakan untuk membayar hutang

Gagal mendapat pinjaman daripada bank

Mula meminjam dengan Ah Long

Tidak membuka penyata kad kredit

Menerima panggilan daripada pemberi pinjaman

Dikejar penagih hutang

Menerima surat penguam

Mulai berjudi

Hilang ceria

Tidak dapat tidur dengan lena

Anda mengalami gangguan dan tekanan hidup

 

Jangan cuba untuk menidakkannya jika anda mengalaminya, jangan memandang remeh akan petanda tersebut. Jika tidak, anda sebenarnya memberi ruang yang lebih untuk berhadapan dengan masalah hutang yang lebih serius lagi pada masa akan datang.

Jika dibiarkan berlarutan anda mungkin mengalami masalah seperti berikut;-

Hubungan kekeluargaan yang porak peranda

Tekanan jiwa dan mental

Diisytiharkan Muflis, atau mungkin;

Dirantai oleh Ah Long?

Mangsa Ah Long Dirantai Di Serdang Akibat Gagal Bayar Hutang Pinjaman.

 

Mungkin anda pelik dan tertanya-tanya bagaimana anda boleh menghadapi masalah hutang ini? Sebenarnya ianya berpunca dari amalan kewangan serta tabiat berbelanja yang kita sendiri tidak menyedarinya. Antaranya adalah:


Anda berbelanja dahulu dan berfikir untuk menyimpan kemudian, tetapi sebenarnya anda gagal membuat simpanan walau satu sen pun!


Anda gemar berbelanja menurut kemahuan dan bukannya mengikut keperluan sebenar...

Anda mengamalkan perbelanjaan menggunakan kad kredit untuk menampung keperluan harian...

Anda suka menukar kereta setiap 4 hingga 5 tahun sekali.

Anda suka ambil dahulu bayar kemudian, membeli secara ansuran dan bukannya tunai...

Anda lebih suka meminjam wang untuk membayar hutang pinjaman sedia ada anda, pinjam sini....untuk bayar hutang yang di sana...

 

Cuba anda bayangkan jika anda TIDAK LAGI mengalami masalah hutang, bukan setakat anda berada dalam keadaan ceria sentiasa, bahkan anda akan :-

Hidup tanpa sebarang tekanan dan gangguan

Kelihatan lebih yakin dan bersemangat

Dapat hidup bebas daripada beban dan masalah kewangan

 

Sebelum kita pergi lebih jauh kita perlu tahu...

Kenapa Usaha Membebaskan Diri Dari Masalah Hutang Sentiasa Gagal ?

 

1) Anda tidak betul-betul faham bagaimana hutang itu terjadi

Memang tidak dinafikan, pinjaman atau hutang memainkan peranan yang penting untuk membantu kita hidup dengan lebih selesa. Masalahnya di sini, hutang juga boleh membuatkan kita merasa tidak selesa bilamana ianya tidak digunakan dan diuruskan dengan cara yang betul.

Jika kita fikir-fikirkan berapa ramai yang hidup di dunia hari ini tidak berhutang? (Hmm..maksud saya orang dewasa yang berpendapatan dan bukannya anak-anak yang sedang bersekolah).

Saya percaya sememangnya ramai yang bersemangat untuk menghapuskan hutang mereka, namun ramai juga yang tidak faham kenapa setelah membayar sebegitu banyak wang, akhirnya mereka dapati yang diri mereka masih lagi belum bebas dari masalah dan bebanan hutang.

Ini kerana apabila kita membuat pinjaman atau hutang ianya melibatkan tiga perkara berikut:-

Pertama, jumlah pinjaman pokok atau jumlah sebenar pinjaman. Sekiranya anda meminjam RM10,000, maka anda perlu bayar semula jumlah tersebut dengan nilai yang sama. Saya kira yang ini semua orang tahu kan :)

Kedua, faedah. Sudah tentulah apabila kita meminjam atau berhutang kita perlu membayar sejumlah faedah sebagaimana yang telah kita persetujui sebelum ini. Ini bermakna jika anda pinjam RM10,000 maka anda perlu bayar dengan jumlah yang lebih besar daripada jumlah pokok yang anda pinjam. Saya fikir perkara ini ramai juga yang faham atau ada yang buat-buat tak faham?

Ketiga, kadar dan jenis faedah. Saya kira yang ini mungkin kebanyakan daripada kita yang kurang faham dan kurang jelas. Bahkan ramai yang terpedaya dengan triks dari pihak pemberi pinjaman. Yang lebih teruk lagi anda di antara kita yang begitu mudah menerima pakai syor dan saranan daripada mereka yang berkenaan, kononnya pinjaman tersebut adalah yang terbaik untuk hutang kita. Namun begitu, anda jangan risau tentang triks-triks tersebut kerana semuanya akan saya jelaskan secara terperinci nanti.

2) Tidak mempunyai matlamat

Setiap perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini harus ada matlamat jika tidak usaha yang kita ambil mungkin tidak sampai kemana-mana dan akan menjadi sia-sia. Begitu juga dengan usaha untuk menghapuskan hutang piutang sedia anda.

Anda harus ada matlamat, namun matlamat anda harus realistik. Maknanya di sini, jika hutang pinjaman anda RM20,000.00 dan anda ingin menghapuskannya dalam masa 2 atau 3 bulan sedangkan dalam masa yang sama anda hanya memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan, maka ini sudah tentu tidak munasabah.

Ya anda perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang lebih besar dan bukannya sekadar berjimat!

3) Anda buat hutang baru setiap kali berjaya selesaikan hutang lama

Saya dapati terlalu ramai yang sentiasa meningkatkan gaya dan taraf hidup mereka. Ya, sememangnya ianya tidak salah, bahkan amat baik sekali. Namun sayangnya ramai di antara kita yang memperolehinya secara berhutang melalui jumlah yang besar dalam tempoh masa yang panjang.

Setiap kali anda berjaya menghapuskan hutang lama, anda mula merasakan yang anda memiliki lebih banyak wang, lalu anda buat keputusan untuk buat hutang baru lagi. Ya, hutang yang jumlahnya lebih besar dalam jangka masa yang lebih panjang dari sebelumnya.

4) Tidak tahu strategi penghapusan hutang yang betul

Apakah yang dimaksudkan dengan strategi yang betul di sini? Strategi yang betul adalah teknik penghapusan hutang yang mampu mencapai matlamat penghapusan hutang anda. Saya ulangi sekali lagi, yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan masalah hutang anda.!

Saya dapati kebanyakan orang lebih gemar membuat simpanan yang hanya memberi keuntungan kurang 3% setahun tetapi lupa untuk menjelaskan hutang pinjaman yang mengenakan kadar faedah 18% setahun. Ingat! Tanpa strategi yang betul sekali lagi usaha kewangan anda akan jadi sia-sia belaka.

5) Silap mendapat khidmat nasihat kewangan

Saya tahu ramai yang lebih mudah dan gemar bertemu dengan pegawai kredit yang menguruskan pinjaman di bank daripada mencari perancang kewangan yang bertauliah untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.

Kesudahannya mereka menerima pakai pelan pengstrukturan hutang yang dicadangkan oleh pihak bank. (Hmm..yang sebenarnya pihak bank nak suruh anda pinjam dengan mereka, katanya faedah merekalah yang terendah) Tup..tup anda dapati anda masih tetap berada dalam masalah hutang yang tak berkesudahan.

6) Anda gagal mendisplinkan diri

Dalam hidup ini, setiap perkara yang dilakukan dengan penuh berdisplin pasti membuahkan kejayaan. Begitu juga halnya jika anda ingin menghapuskan hutang anda. Anda perlukan tahap displin yang tinggi bahkan bukan sekadar disiplin dalam menguruskan wang anda tetapi lebih dari itu, melibatkan tabiat dan sikap anda.

Untuk itu anda perlukan satu panduan khusus untuk menguruskan hutang piutang anda, bukan setakat panduan tetapi panduan yang boleh membawa anda ke satu jalan kebebasan hutang yang benar-benar berkesan dan yang paling penting ianya realistik untuk dilakukan!

 

Siapa Saya Dan Bagaimana Saya Boleh Membantu Anda?

Anda boleh panggil saya Khairulnahar atau di dunia Internet saya dikenali sebagai Thinkerich. Mungkin ada di antara anda mengenali saya namun bagi yang belum mengenali saya, saya merupakan seorang usahawan, perunding kewangan, penulis buku/ebook dan juga seorang blogger.

Saya banyak berkongsi idea dan hasil penulisan saya di www.PemikirKaya.com. Sehingga kini saya telah menulis beberapa buah ebook dan buku bertemakan motivasi, kekayaan, kewangan & peribadi. Antaranya :-

Bajet Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang (Buku)

Panduan Wang Gaji (ebook)

5 Cara Menetapkan Matlamat Yang Power! (ebook)

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda (ebook)

Bagaimana Untuk Mencapai Kekayaan (ebook)

Wang, Anda & Hutang (ebook)

Rahsia Mengurus Hutang Kad Kredit (ebook)

Bagaimana Untuk Menghapuskan Hutang Dengan Lebih CEPAT! (ebook)

Tips Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif(Ebook)

Kewangan Peribadi - Satu Pendedahan (ebook)

 

“Khairulnahar a.k.a Thinkerich, merupakan penulis buku dan ebook prolifik yang banyak menulis dan menerbitkan produk digital informasi bertemakan motivasi dan kewangan peribadi. Koleksi dan karya pendidikan motivasi & kewangan yang beliau hasilkan sungguh mudah dan praktikal untuk diikuti oleh sesiapa sahaja, dan sentiasa mendapat permintaan ramai...”

Koleksi Buku Dan Ebook Yang Telah Saya Hasilkan:


Tentu anda di antara anda yang ingin tahu mengapa saya beria-ia benar ingin berkongsi panduan dan mendedahkan strategi penghapusan hutang ini kepada semua orang?

Sebenarnya tiada sebab dan alasan lain kecuali satu sebab!

Sebab utamanya adalah kerana saya ingin melihat lebih ramai masyarakat di luar sana boleh hidup bebas daripada sebarang masalah dan bebanan hutang. Ini kerana saya tahu betapa sengsara dan sakitnya kepala ini bilamana memikirkan masalah hutang.

Jadi saya rasa ada baiknya saya berkongsi pengalaman, kejayaan dan strategi yang telah saya gunakan untuk manfaat semua.

Dahulunya saya juga seperti anda semua bertungkus lumus bekerja siang dan malam semata-mata untuk membayar hutang. Tanpa saya sedari semakin kuat saya bekerja semakin besar pula hutang yang saya miliki?

Saya menjadi bertambah kebingungan! Rupanya saya baru sedar yang selama ini saya lebih banyak membuat hutang setiap kali saya mendapat lebih banyak wang.

Lebih besar pendapatan yang saya perolehi maka lebih besar pula hutang yang saya miliki. Saya tidak tahu yang mana satu aset dan yang mana pula liabiliti? Yang mana satu aset yang meningkat dan yang mana pula aset yang menyusut?

Sehinggalah suatu ketika, hati saya terdetik, sampai bila saya harus hidup dibebani hutang sebegini? Sampai bila saya perlu berkerja keras menjadi hamba kepada hutang? Adakah sepanjang hayat saya? Soalan demi solan bermain di kotak fikiran saya...

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengubah segala-galanya dan seterusnya hidup bebas daripada masalah hutang. Saya mulai sedar bahawa memperolehi wang yang banyak sahaja tidak akan banyak membantu diri saya menyelesaikan masalah hutang. Sebaliknya jika saya tahu bagaimana untuk menguruskannya ianya jauh lebih baik!

Lalu saya mencari jawapannya melalui pembacaan yang meluas, menghadiri seminar dan bengkel kewangan peribadi, bertanya pada pegawai dan kakitangan bank, para peguam, perancang kewangan bertauliah, para usahawan, para jutawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing dan akhirnya menyertai Program Perancang Kewangan Berdaftar, RFP sehingga diiktiraf sebagai Affiliate RFP oleh Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Hasilnya saya dapat membuat satu rumusan dan kemudian menyusunnya menjadi sebuah panduan yang ringkas, mudah, teratur dan berkesan untuk saya ikuti. Kini saya dedahkan pula panduan tersebut untuk diikuti oleh anda semua.

Sebentar lagi saya akan mengumumkan bagaimana saya telah bebas dari masalah hutang dan anda juga mampu menikmatinya seperti saya.

Kini anda tidak perlu risau dan bersusah payah lagi untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah hutang anda, kerana saya akan memperkenalkan kepada anda sebuah panduan yang akan menyelesaikan masalah tersebut yang bakal diperolehi terus ke kotak email anda.

Jadi tanpa membuang masa lagi saya perkenalkan sebuah E-book berjudul :-

 
 

(ebook ini dalam format .PDF dengan isi kandungan 124 muka surat)

Ianya adalah elektronik book (ebook), bermaksud.... jika anda membelinya,
ia akan dihantar terus ke email anda dan anda perlu mendownloadnya
ke komputer anda. Kemudian, anda boleh membukanya di komputer dan
mencetaknya (print) jika anda mahu.

 

 

 APA KATA PERANCANG KEWANGAN BERTAULIAH
TENTANG EBOOK INI?

BELI EBOOK INI & PRAKTIKKAN ILMUNYA...

Bolehkah saya menjadi bebas hutang?

Adakah mempunyai hutang satu perkara negatif atau positif?

Yang mana hutang produktif dan yang mana hutang ala tsunami?

Itulah persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada kebanyakan individu yang berdepan dengan masalah hutang!

Ebook Saudara Khairulnahar ini memberikan jawapan kepada semua soalan di atas dan beliau menerangkan langkah demi langkah beberapa strategi pemulihan masalah hutang.

Jika merasa tidak mempunyai beban hutang sekalipun itu tidak bermakna kita selamat di masa hadapan.

Kenalpasti petanda-petanda penyakit hutang ini sebelum parah.


Beli ebook ini dan praktikkan ilmu dalamnya sebelum wang titik peluh anda ditelan syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan pihak bank.

Sunthara Segar CFP, RFP, Sijil Perancangan Kewangan Islam
Penulis Buku-buku Kewangan , Pendidik Kemahiran Kewangan dan Fasilitator Seminar Kewangan
www.suntharasegar.com

 

 

Apakah Panduan RAHSIA Yang Terkandung Dalam Ebook Ini ?


Ebook ini terbahagi kepada 2 Bahagian utama yang dihuraikan dengan padat.

BAHAGIAN 1
Kenali Hutang Anda

Bahagian ini mengandungi 9 Bab terdiri daripada 43 muka surat yang membicarakan dan mengupas tentang konsep hutang secara asas. Bahagian ini pada asasnya amat penting untuk diketahui oleh setiap orang kerana majoriti masyarakat hari ini hidup dengan bantuan pembiayaan pinjaman dan hutang. Berikut beberapa perkara yang anda akan ketahui dalam bab-bab dari bahagian ini.

Ketahui 3 faktor utama mengapa kita berhutang yang sering menjadi punca kepada masalah hutang kita.

Ketahui bagaimana hutang boleh terjadi dan bagaimana untuk mengatasinya?

Kenali 12 petanda yang menunjukkan kedudukan kewangan anda sedang berhadapan dengan masalah hutang yang kronik.

Ketahui bagaimana hutang itu boleh membuatkan anda berada dalam kesempitan hidup dan dalam keadaan yang bagaimana pula hutang itu boleh membantu anda menjadi kaya.

Bagaimana untuk membezakan di antara keperluan dan kemahuan dan bagaimana caranya untuk mengelakkan daripada anda berbelanja mengikut kemahuan?

Awasi bentuk pinjaman dan hutang yang anda lakukan. Ramai di antara kita yang berhadapan dengan masalah hutang sering berhutang untuk sesuatu yang sia-sia. Pelajari bagaimana untuk membuat hutang yang menguntungkan dan mengelakkan daripada berhutang sesuatu yang merugikan.

Mana yang lebih baik? Membuat hutang dalam tempoh masa yang panjang atau sebaliknya. Kenapa ianya penting?

Kenapa anda perlu berikan perhatian ke atas jumlah hutang bulanan anda? Dan bagaimana caranya untuk mengenalpasti jumlah tersebut?

Ketahui bagaimana kaedah pembayaran yang cepat boleh menjimatkan lebih banyak wang anda daripada membiarkan ianya dbayar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

 

 

BAHAGIAN 2
Strategi Pemulihan Hutang


Bahagian ini mengandungi 9 Langkah dan strategi yang berkesan untuk memulihkan masalah hutang. Terdiri daripada 81 muka surat yang mana kandungannya lebih menekankan tindakan kerja yang perlu diambil bagi memulihkan hutang. Langkah yang ditunjukkan adalah jelas dan mudah untuk diikuti satu demi satu. Langkah yang dinyatakan bukan sekadar teori malahan amat praktikal untuk dilaksanakan. Dalam langkah tersebut anda akan pelajari;

 

Bagaimana untuk mengenalpasti kedudukan dan kekuatan kewangan anda melalui Penyata Nilai Bersih. Adakah anda mempunyai terlalu banyak hutang sehingga anda tidak mampu berbuat sesuatu lagi untuk memulihkannya. Patuhi langkah awal ini agar dapat anda memulakan proses pemulihan kewangan anda.

Bagaimana langkah menyenaraikan kesemua jenis hutang anda dapat membantu memudahkan tugas anda untuk menghapuskan hutang.

 

 

Bagaimana untuk membuat analisa ke atas hutang yang kita miliki. Ketahui dan kenalpasti bagaimana untuk membuat pengiraan faedah yang berkesan untuk membantu anda memilih bentuk dan kadar faedah pinjaman yang benar-benar mengutungkan anda.

 

Yang mana perlu dibayar terlebih dahulu? Hutang faedah tinggi atau yang lebih kecil. Mana yang lebih menjimatkan dan menguntungkan anda?

Bagaimana tabiat berbelanja boleh membantu mengurangkan masalah hutang anda

Kenapa anda perlukan Dana Kecemasan dan mengapa anda perlukannya untuk membebaskan diri anda daripada masalah hutang?

Bagaimana untuk berhenti daripada berhutang dan kenapa anda perlu lakukannya?

Bagaimana untuk menambah sumber pendapatan dan kenapa ianya amat penting untuk membantu menyelesaikan masalah hutang anda?

Ketahui apakah strategi yang terbukti berkesan untuk memulihkan masalah hutang anda!

 

 

Terlalu banyak rahsia, panduan dan bentuk pengiraan asas yang ditunjukkan dalam ebook ini bagi membantu anda membebaskan diri daripada masalah hutang. Jadi bertindaklah sekarang! Anda mampu menjadikan ebook ini sebagai sumber rujukan utama ke arah kebebasan kewangan anda.

Apa yang penting, teknik-teknik dan panduan yang ditunjukkan dalam ebook ini telah TERBUKTI BERKESAN!

Adakah anda masih kurang yakin dengan apa yang saya nyatakan sebelum ini? Baiklah jika anda merasa kurang yakin, lihatlah apa kata mereka yang telah membaca ebook ini?

 

BENAR-BENAR REALISTIK & PRAKTIKAL..

Satu lagi produk informasi kewangan peribadi terbaik dari Saudara Khairulnahar a.k.a Thinkerich.

Langkah-langkah yang ditunjukkan dalam ebook ini benar-benar realistik untuk dipraktikkan....

Jika anda benar-benar ingin bebas dari masalah hutang, dapatkannya, baca, dan ambil tindakan sebagaimana yang beliau sarankan.

Impian anda untuk bebas dari masalah hutang akan menjadi semakin hampir...

Jamaluddin Bahari
www.kerja-kerajaan.com

 

SAYA JAMIN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL...

Memang umph...!

Itu yang saya boleh katakan tentang ebook terbaru dari Khairulnahar ini.

Jika kebebasan dari hutang yang anda cari, saya amat menggalakkan anda memiliki ebook ini. Ianya sudah cukup bagi mengatasi masalah hutang anda.


Dengan teknik dan strategi yang dikongsikan dalam ebook ini, saya jamin anda tidak akan menyesal memilikinya. Sebaliknya a
nda mungkin menyesal kerana tidak memilikinya...!

Ikhlas,

Razif Yusof
www.tipspenjimatan.com

 

BAKAL MERUBAH KEWANGAN SAYA...

Satu pelaburan yang sangat berbaloi. Tidak rugi memiliki Ebook Panduan Bebas Hutang dari Saudara Khairulnahar.

Kini saya tahu bagaimana untuk mengira faedah yang dikenakan oleh pihak bank, formula dan kaedah pengiraan yang ditunjukkan memudahkan saya untuk menguruskan hutang saya pada masa hadapan.

Ianya bakal merubah kewangan saya suatu hari nanti!

Safuan Sipenglipulara
www.mercuniaga.com

Saya pasti anda inginkannya dan sebenarnya anda mampu memilikinya dengan lebih mudah dengan harga yang cukup ekonomi. Anda tidak perlu :


x Melaburkan wang ratusan bahkan ribuan RM untuk mendapatkan panduan dan strategi penghapusan hutang yang berkesan ini.


x Berusaha untuk menyertai mana-mana skim pelaburan yang tidak sahih dan tidak pasti pulangannya semata-mata untuk melangsaikan hutang piutang anda.


x Menunggu terlalu lama bagi melihat perubahan positif pada kedudukan kewangan anda...


Apa yang paling penting di sini adalah nilai yang bakal anda laburkan sangat-sangat-sangat berbaloi dan bernilai tinggi buat diri anda.

Memandangkan ilmu pengurusan hutang ini adalah amat praktikal dan berkesan, saya akan meletakkan harga yang bersesuaian dengan nilainya. Yang penting kos tersebut adalah kos mampu dimiliki oleh anda semua. Setelah mengambil kira kos penerbitan ebook, (biarpun kosnya jauh lebih tinggi) maka saya bersetuju untuk meletakkan nilai mampu milik untuk anda memiliki ebook ini dengan harga...

RM180

RM90

RM60

hanya.... RM30 sahaja!

(Beli sekarang sebelum harganya dinaikkan kembali)

TERHAD UNTUK KUOTA 100 13 PEMBELI SAHAJA LAGI

 

PERHATIAN!!!
- Setiap Pembelian Bakal Memperolehi Update dari semasa ke semasa Ebook Panduan Bebas Hutang
(Tidak Ternilai Harganya)


 
 

Inilah tawaran yang paling penting dan tidak ternilai harganya. Memandangkan instrument hutang sentiasa berubah mengikut perkembangan ekonomi semasa, Panduan ini juga akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Disamping itu ebook ini akan melalui evolusi yang berterusan dengan pertambahan isi kandungan yang lebih lengkap pada masa hadapan.

Bayar hanya sekali tetapi berpeluang untuk mendapat versi kemaskini secara berterusan! Bukankah ianya sesuatu yang menjimatkan dan menguntungkan anda?

Sehingga kini, sejak dilancarkan pada Januari 2010, sebanyak 2 kali ebook ini telah dikemaskini, dan pembeli terdahulu kesemuanya telah menerima versi kemaskini masing-masing!

Memang berbaloi! Yang paling penting, anda membayar harga yang lebih murah jika anda dapatkannya SEKARANG! Semakin bertambah isi kandungan ebook ini, maka lebih tinggi harganya pada masa akan datang!

SAMPLE PERCUMA..

Anda ingin melihat sedikit isi kandungan ebook ini? Baiklah, saya akan berikan sample percuma kepada anda, apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisikan nama & alamat email anda di bawah.

Ya, Saya Mahukannya!

Nama Anda :

E-Mail Anda:


 Privasi nama dan email anda terjamin 100% bersama kami.

Kemudian anda akan mendapat satu email pengesahan. Lakukan pengesahan pada email tersebut dan saya akan hantar link download preview ebook Panduan Bebas Hutang terus ke kotak email anda.

* Privasi nama dan email anda terjamin 100% bersama kami

Sebelum ini ebook ini dijual pada harga RM60.00 dan saya mendapat banyak maklumbalas daripada mereka yang berminat untuk mendapatkan panduan yang hebat ini!

Memandangkan harga tersebut mungkin agak tinggi dan menjadi beban bagi sesetengah bakal pembeli, maka dengan niat saya untuk membantu seramai mungkin orang beroleh panduan dan kejayaan dalam membebaskan diri dari masalah dan bebanan hutang.

Maka saya bersetuju untuk menawarkan ebook panduan ini dengan nilai hanya :

RM 30.00

Ya RM30.00 bagi pelaburan seumur hidup anda. Bayangkan dengan jumlah sekecil ini (ya, mungkin ada terlupa yang bayaran faedah bagi menjelaskan hutang bulanan anda adalah jauh lebih besar dari nilai ini!) bakal menjimatkan ribuan bahkan mungkin puluhan ribu ringgit hasil titik peluh anda kepada pihak lain.

Pengurangan harga sebanyak 50% daripada harga sebelum ini. Inilah nilai mampu milik yang saya mampu tawarkan pada anda buat masa ini. Anggaplah kos yang anda bayar untuk mendapatkan panduan ini sekadar untuk menampung kos penerbitannya sahaja.

Apa yang penting adalah perkongsian ilmu serta pengalaman saya dapat digunakan untuk membantu memudahkan dan memberikan manfaat serta faedah yang berbaloi buat anda.

'PRINT' EBOOK INI , JADIKAN BAHAN RUJUKAN!

Alhamdulilah...saya telah pun membaca ebook Panduan Bebas Hutang oleh Thinkerich..Saya berpuas hati dengan panduan yang disampaikan.

Hutang umpama satu keperluan sekarang, dengan terhasilnya ebook ini, ianya boleh menjadi sedikit panduan untuk anda diluar sana menguruskan hutang anda, atau paling tidak pun, meminimakan hutang yang anda miliki sekarang.

Ada 2 bab utama didalam ebook ini dan setiap satu bab mempunyai 9 tajuk dengan 124 page. Saya sarankan anda print ebook ini dan jadikan bahan rujukan anda.

Dapatkan ebook ini dan saya yakin, ianya sangat berguna kepada anda.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri
www.kebebasan-kewangan.com

 

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Adalah Bertindak Segera…

Saya menjangkakan bahawa ebook Panduan Bebas Hutang bakal menjadi rebutan ramai kerana saya tahu terlalu ramai yang berhadapan dan sedang mengalami masalah hutang tidak kira sama ada kecil mahu pun besar.

Saya berani berkata sedemikian kerana terlalu ramai yang menghubungi saya melalui e-mail atau yang datang bertemu terus dengan saya memohon bantuan dan khidmat runding untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.

Dengan permintaan yang tinggi ini saya tidak berani untuk berjanji bahawa Harga Yang Ditawarkan Ini Dapat DIKEKALKAN

Jadi, cepat bertindak.....

 

 

EBOOK INI MEMANG BOLEH MEMBANTU...

Saya adalah salah seorang pembaca buku hasil tulisan Khairulnahar Jamaluddin a.k.a Thinkerich - “Bajet Wang” dan kandungan buku tersebut sangat-sangat membantu saya dalam menguruskan bajet saya...

Dan kini Thinkerich kembali lagi dengan mengeluarkan ebook “Panduan Bebas Hutang” satu panduan yang sangat-sangat membantu mereka yang mempunyai hutang (seperti saya juga).

Apa yang menarik perhatian saya dalam ebook ini, saya diberi panduan selengkapnya supaya saya boleh kenal pasti adakah saya ini mempunyai masalah dengan hutang saya dan jika bermasalah apa dan bagaimana caranya untuk saya mencari jalan keluar dari masalah hutang tersebut.

Terima kasih tak terhingga buat Thinkerich kerana menghasilkan ebook ini dikala saya memerlukannya. Jika anda rasa memerlukan bantuan menyelesaikan masalah hutang anda jangan tunggu lagi… ebook ini memang boleh membantu.

Zahrul Azua Kamaluddin
Penulis & Pemasar Informasi
www.PemikatJualan.com

Jika anda rasa pada ketika ini, anda tak memerlukan panduan ini kerana masih merasa selesa dengan kedudukan kewangan dan jumlah hutang yang anda tanggung sekarang, tidak mengapa...

Namun jika suatu hari nanti anda ingin mencapai kebebasan kewangan, bertindaklah sekarang. Usah biarkan masalah hutang datang melanda suatu masa nanti, barulah anda tercari-cari semula panduan ini.

Dan berita buruknya, mungkin ketika anda tercari-cari panduan ini, jualannya telah ditamatkan!

Adalah lebih baik bertindak sekarang ketika harga tawarannya masih lagi rendah.

 

PART KEDUA PALING MENARIK !

Saya paling suka part yang kedua, iaitu cara menyelesaikan hutang. Saya juga mempunyai beberapa hutang yang masih belum dilunaskan.

Dengan panduan ini, saya dapat kesan strategi sebenar
membayar hutang secara sistematik
. Saya yakin ramai di luar sana mempunyai masalah, panduan ini antara salah satu jawapannya!

ikhlas,

Haszoor
www.KillerFollowUp.com

 

Dapatkan Naskah Anda Sekarang Tanpa Sebarang Risiko.

 

Saya Jamin Pembelian Anda Sememang Berbaloi - Baloi

Sekiranya anda ingin mendapatkan panduan khusus untuk membebaskan diri daripada masalah dan bebanan hutang ini, saya jamin anda akan berhabisan ribuan ringgit untuk mempelajarinya. Sama ada membeli bahan bacaan, menghadiri seminar atau membayar caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perancang Kewangan Bertauliah. Anda juga akan membazirkan lebih banyak masa semata mata untuk mempelajarinya.

Maka dengan itulah saya terbitkan ebook ini bagi memudahkan anda mendapatkan panduan khusus bagi membantu anda memulakan langkah menghapuskan hutang piutang anda sekarang juga. Oleh itu, saya berani memberikan jaminan kepuasan 100% buat anda.

100% Jaminan Tanpa Risiko

Dengan setiap pembelian E-Book “Panduan Bebas Hutang” ini, anda akan dilindungi dengan JAMINAN PULANGAN WANG 100% selama 30 hari dari tarikh pembelian anda jika anda tidak berpuas hati dan mendapati ebook ini tidak langsung memberikan sebarang ilmu dan manfaat kepada anda. Saya akan memulangkan semula wang anda, dan anda boleh menyimpan ebook ini dan kesemua bonus yang telah anda terima.

 

Oleh itu sementara anda berpeluang memiliki kesemua bonus tersebut secara percuma maka saya menyarankan anda (namun tidak memaksa sama sekali) untuk bertindak segera.

Miliki Panduan Bebas Hutang sekarang. Ya sekarang juga! Namun Jika anda masih tidak yakin dan teragak-agak... saya tidak dapat membantu anda kerana semuanya telah saya sediakan.

Hanya menunggu anda untuk bertindak. Semoga impian anda untuk membebaskan diri dari bebanan hutang tercapai!

Salam kekayaan,

Yang ikhlas,

     

Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Blogger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
www.PemikirKaya.com

P/S - Perlu diingatkan peluang untuk anda mendapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang pada harga yang amat menjimatkan ini hanyalah SEMENTARA! Saya mungkin akan menaikkan kembali harganya pada harga asal atau lebih tinggi tidak berapa lama lagi. Jadi tunggu apa lagi ...anda hanya perlu keluarkan RM30 sahaja dan anda boleh bermula menyusun strategi untuk menghapuskan hutang anda! Namun, harus diingat harga ini untuk tempoh masa tawaran sahaja! Tempah Sekarang!

P/P/S - Sekiranya anda menguasai strategi pengurusan hutang yang dinyatakan dalam ebook ini, anda bukan sahaja mampu menjimatkan ratusan RM malahan dapat mengelakkan diri anda daripada terlalu banyak membayar faedah kepada pihak lain. Sudah tentu ianya dapat membantu menjimatkan wang anda dan pada masa sama ianya lebih menguntungkan kedudukan kewangan anda! Beli Sekarang!

P/P/P/S - Sekiranya anda tidak bertindak segera, ini bermakna anda tidak serius untuk menghapuskan hutang anda atau dengan kata lain anda lebih rela hidup tertekan dikelilingi hutang, hidup dengan mengikat perut semata-mata untuk membayar lebih banyak wang kepada pihak lain! Pesan ebook ini SEKARANG!

Tempah | Pertanyaan | Testimonial